************************************************
Saya Mazlina binti Ahmad adalah Pengedar Shaklee Putrajaya.
Shaklee ID 908052

Anda boleh mendapatkan Produk-produk Shaklee dari saya dengan cara COD bagi Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Manakala melalui Pos Laju di kawasan lain seluruh Malaysia.

Antara Set yang ada ialah:
1. Set Kesuburan
2. Set Hamil
3. Set Kurus
4. Set Menyusu
5. Set Kecantikan
6. set Jerawat
7. Set Kesihatan Kanak2
8. Set Sendi/Tulang
dan sebagainye

Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan cadangan vitamin yang bersesuaian dengan keperluan dan budget anda.
PM Lynn Ahmad
Call/SMS/WA 0.1.9.9.9.8.1.6.6.4
Emel lynnzakisdm@gmail.com
Blog http://lynnshakleeputrajaya.blogspot.com/
************************************************

Isnin, 12 Mei 2014

Kebaikan Vitamin C Shaklee

Shaklee mempunyai 2 jenis vitamin. Jom kita berkenalan dengan Vitamin C keluaran Shaklee.

1 - Adakah kandungan dan keistimewaan kedua-dua vitamin ini?
~Berikut adalah kandungan secara ringkas:



Sustained Release Vita-C Plus (500mg)

#Kandungan
** Mempunyai Vitamin C - 553.00mg
** Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 120.00mg

# Keistimewaan
**Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti!
** Bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.



Chewable Vita-C Plus (100mg)


# Kandungan
** Mempunyai Vitamin C - 117.90mg
** Mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex - 24.00mg
** Rose Hips Powder - 40.00mg

# Keistimewaan
** Boleh dikunyah dan dihisap seperti gula-gula. Malah ada pendaat yang mengatakan, vitamin C yang dikunyah mampu untuk diserap dengan lebih baik oleh badan kita.
** Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan di dalam Vitamin C Shaklee kedua-duanya mempunyai Citrus Bioflavonoids Complex daripada lemon, orange, grapefruit. 

Kedua-duanya mempunyai kandungan yang sama. Cuma Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai pertambahan Rose Hips Powder (juga salah satu sumber vitamin C yang hebat).

Ia juga dikatakan sebagai 'stomach tonic' kerana ia membantu mengubati ulser perut, diarrhea, sembelit dan sebagainya. Selain daripada itu ia turut bertindak terhadap kolesterol, diabetis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

2 - Adakah kedua-duanya memiliki fungsi yang sama?
Ya sama. Fungsinya memang sama. Seperti yang kita dah sedia maklum fungsi Vitamin C sangat banyak:

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
- Merawat jangkitan saluran kencing.
- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.


3- Manfaat Utama

I. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

II. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

III. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

IV. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

V. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

VI. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

VII. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


4- Siapa yang memerlukan Vitamin C?

~ Perokok
~ Orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan Vita C dalam badan.
~ Orang yang makan pil perancang sebab pil perancang juga akan menyerap Vita C dan mengakibatkan pengurangan Vita C dalam badan dengan cepat.
~ Orang yang ingin mencantikkan kulit atau yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat atau eczema memerlukan Vita C untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit.
~ Semua orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana Vita C menyokong sistem Imun dalam badan dan mengurangkan selsema yang berpanjangan. 6-Vitamin C Yang Memadai Dari Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.


Jadi, sesiapa yang selalu kena selsema, demam dan batuk tu eloklah amalkan ambil Vitamin C setiap hari! :)

Tiada ulasan: